Tempoh tahanan remaja tampar tentera Israel dilanjut

RAMALLAH: Mahkamah Tentera Israel memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan seorang aktivis Palestin berprofil tinggi selepas rakaman video yang menunjukkan dia menampar seorang tentera rejim itu viral di media sosial.

Ahed Tamimi, 17, yang berkempen menentang pendudukan Israel di Tebing Barat ditahan semalam, bersama ibunya selepas video itu dikongsi secara meluas oleh media Israel.

Dalam rakaman video itu, tentera Israel dilihat tidak memberikan sebarang reaksi ke atas perbuatan berkenaan.

Menurut bapanya, tempoh tahanan Ahed dilanjutkan hingga 25 Disember ini tanpa sebarang sebab atau pengesahan dari pihak tentera.

Terdahulu, rejim Zionis menahan seorang gadis Palestin berusia 21 tahun dikenali sebagai Nour Naji Tamimi yang juga sepupu kepada Ahed dan seorang lagi wanita.

Video itu dipercayai dirakam berhampiran kediaman keluarga Tamimi di Nabi Saleh, utara Ramallah di Tebing Barat semasa tunjuk perasaan ke atas Presiden Donald Trump diadakan. - AFP



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments