Kerugian bersih Pos Malaysia meningkat

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd meningkat kepada RM29.34 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2019 daripada RM16.60 juta suku sama tahun lalu.

Pendapatan kumpulan itu turut merosot 6.6 peratus kepada RM548 juta daripada RM589 juta sebelumnya.

Demikian menurut syarikat itu dalam kenyataan yang difailkan di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Syed Md Najib Syed Md Noor, berkata kemerosotan itu disebabkan prestasi perkhidmatan pos, perniagaan kurier dan penerbangan yang rendah, menyebabkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM35.4 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM19.0 juta suku sama tahun sebelumnya.

“Kerugian itu disebabkan penurunan yang berterusan dalam jumlah mel kami (14 peratus tahun ke tahun) dengan kos yang meningkat untuk khidmat Obligasi Perkhidmatan Universal (USO),” katanya.

Beliau berkata, perubahan dalam landskap pos global memerlukan kumpulan itu mendapatkan semakan semula peraturan tarif pos dengan segera daripada kerajaan, yang dijangka direalisasikan pada awal 2020.



Sumber : Kerugian bersih Pos Malaysia meningkat

Post a Comment

0 Comments