Mana Bola BH hangatkan aksi Malaysia-Indonesia

KUALA LUMPUR: Akhbar Berita Harian turut memeriahkan suasana perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia bertemu Indonesia malam ini menerusi peraduan Mana Bola? BH.

Menurut Wakil Jabatan Pengeluaran dan Pengedaran NSTP, Adzayu Hazelin Abu Hassan, program promosi bermula seawal jam 11 pagi tadi itu mendapat sambutan hangat penyokong.

Katanya, rata-ratanya penyokong yang tiba awal di perkarangan Stesen LRT Bukit Jalil tidak melepaskan peluang memenangi baucar iFlixVIP dan lawatan ke Zoo Negara.

"Sambutan terhadap peraduan ini begitu memberangsangkan, terutamanya bagi penyokong yang datang secara berkumpulan.

"Malah, jumlah penyertaan peraduan Mana Bola? BH di akhbar juga kian meningkat saban hari," katanya.

Peraduan Mana Bola? BH turut memberi peluang kepada pembaca bertuah untuk memenangi wang tunai RM1,000 dan telefon pintar setiap minggu.

Pembaca akhbar BH teruja dengan cenderahati yang disediakan penganjur sepanjang promosi hari ini. - Foto BHOnline

Pembaca akhbar BH teruja dengan cenderahati yang disediakan penganjur sepanjang promosi hari ini. - Foto BHOnline

Menerusi peraduan itu, pembaca perlu mengumpul enam keratan gambar aksi perlawanan bola sepak yang disiarkan dalam akhbar BH dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, dan meneka kedudukan bola dalam gambar berkenaan.

Pembaca perlu menggunakan borang yang disiarkan dalam akhbar BH Ahad untuk menghantar penyertaan dan pembaca yang meneka kedudukan bola paling tepat berpeluang memenangi hadiah mingguan wang tunai RM1,000 dan telefon pintar.

Jika tiada pemenang pada minggu tertentu, hadiah akan dibawa ke minggu berikutnya sebagai hadiah terkumpul.

Peraduan yang mendapat kerjasama syarikat Landas Offshore Sdn Bhd itu dihidupkan semula dengan nama baharu, Mana Bola? BH, bertujuan menambah minat orang ramai terhadap bola sepak, sekali gus meningkatkan mutu sukan berkenaan di negara ini.



Sumber : Mana Bola BH hangatkan aksi Malaysia-Indonesia

Post a Comment

0 Comments