SAQQARA, Mesir: Sebanyak 75 patung kayu dan gangsa dan lima mumia anak singa dihiasi tulisan hieroglif ditemui di kawasan perkuburan nekropolis berhampiran piramid Giza di Kaherah.
Kucing, ular tedung, buaya dan kumbang yang dimumiakan turut ditemui bersama-sama mumia dan objek lain yang masih terpelihara dengan baik.
Kementerian Antikuiti dalam kenyataannya berkata, penemuan di kaki Kuil Bastet itu didedikasi kepada dewa kucing dalam kalangan orang Mesir kuno di kawasan perkuburan luas berkenaan.
Menterinya, Khaled el-Enany menyifatkan penemuan itu seolah-olah sebuah muzium.
Pengunjung melihat mumia kucing dan haiwan lain dipamerkan selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
El-Nany berkata, kajian arkeologi menunjukkan lima mumia itu adalah asalnya anak singa.
Artifak lain turut ditemui dalam cari gali itu termasuklah patung lembu Apis, cerpelai, burung randuk, helang dan dewa Mesir kuno, Anubis dalam bentuk haiwan.
Artifak Dinasti Ke-26 itu, bertarikh pada abad ke-7 sebelum Masihi.
Mumia kucing dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Khazanah itu menambah koleksi dewa Mesir kuno yang berjumlah 73 patung gangsa mewakili dewa Osiris; enam patung Ptah-Soker dan 11 patung Sekhmet, iaitu pahlawan dewi penyembuhan.
Mesir berusaha mempromosi warisan uniknya dalam usaha menghidupkan semula sektor pelancongannya yang terjejas teruk ekoran ketidakstabilan politik dan keganasan.
Bagaimanapun, pengkritik turut mendakwa tapak arkeologi dan muzium turut terjejas ekoran pengabaian dan pengurusan yang lemah. - AFP
Patung kumbang turut dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Mumia buaya dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Mumia kucing dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Patung kucing dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Patung dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Mumia kucing dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Patung kucing dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Mumia kucing felin dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Mumia kucing felin dipamerkan pada pameran selepas pengumuman penemuan baharu oleh kumpulan arkeologi Mesir di kawasan perkuburan Saqqara yang terletak di selatan Kaherah. - Foto AFP/Khaled Desouki
Sumber : Mesir umum penemuan mumia anak singa, ular
0 Comments