
LONDON: Bos baharu Tottenham Hotspur, Jose Mourinho memuji bekas pengurus kelab itu, Mauricio Pochettino dan yakin pengendali dari Argentina itu mampu mencari ‘kebahagiaan’ di kelab lain.
Bercakap pada sidang media pertamanya menjelang pertembungan Liga Perdana menentang West Ham, Sabtu ini Mourinho berkata pintu kelab itu sentiasa terbuka untuk Pochettino yang cemerlang mengemudi Spurs ke final Liga Juara-Juara musim lalu.
“Saya perlu mengucapkan tahniah kepadanya terhadap kerja menakjubkan yang dia lakukan,” kata Mourinho.
“Kelab ini sentiasa kediamannya, tempat latihan di sini adalah pusat latihannya. Dia sentiasa dialu-alukan di sini. Esok adalah hari yang berbeza.
“Dia akan menemui kebahagiaan tidak lama lagi. Dia akan memberikan segala-galanya seperti dia lakukan di kelab ini. Dia akan meninggalkan kesedihan dengan perasaan yang dia melakukan kerja yang menakjubkan. Ia adalah apa yang semua orang di kelab ini rasa.”
Mourinho yang mengambil alih tugas di Utara London, semalam mewarisi skuad yang menamatkan saingan Liga Perdana di kelompok empat terbaik dalam empat musim berturut-turut tetapi menghuni tangga ke-14 musim ini.
Pengendali kelahiran Portugal itu kembali ke arena pengurusan selepas 11 bulan susulan pemecatannya di Manchester United musim lalu.
“Saya tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Saya akan melakukan kesilapan yang baharu. Saya akan lebih kuat,” katanya. “Dari sudut emosi, saya tenang, bermotivasi, bersedia dan berfikir apa yang pemain-pemain rasakan dalam tempoh dua hari ini. Saya bersedia dan saya di sini untuk menyokong mereka.” - Reuters
Sumber : Pochettino 'menakjubkan' - Mourinho
0 Comments