4 PATI ditahan di SJR

PUTRAJAYA: Seramai empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi sekatan jalan raya Ops Benteng, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PATI terbabit ditahan hasil pemeriksaan terhadap 28,430 kenderaan di 61 sekatan jalan raya di seluruh negara.

"Setakat ini, seramai 1,517 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan pihak berkuasa.

"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus," katanya.

Berita lanjut menyusul



Sumber : 4 PATI ditahan di SJR

Post a Comment

0 Comments