COVID-19: CIDB tutup 17 tapak binaan

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menutup dua lagi tapak binaan kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan terbaru itu menjadikan keseluruhan 17 tapak binaan yang diarah tutup setakat ini.

Beliau berkata, semalam, CIDB membuat pemeriksaan di 152 tapak binaan membabitkan 186 penguat kuasa.

"Pemeriksaan mendapati 88 tapak binaan patuh SOP ditetapkan, manakala 15 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran.

"Sebanyak 47 tapak binaan pula masih belum beroperasi," katanya pada sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, jumlah tapak binaan diperiksa CIDB sehingga hari ini ialah 7,576 tempat.

"Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati 1,713 tapak binaan sudah patuh SOP ditetapkan, manakala 367 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran. Baki 5,479 tapak binaan tidak beroperasi," katanya.



Sumber : COVID-19: CIDB tutup 17 tapak binaan

Post a Comment

0 Comments