Bos Anda Beritahu Sy

Penyerang muda berbakat negara, Luqman Hakim Shamsudin, 18, didakwa dibeli Kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk bukan sebab prestasi.

Sebaliknya ia berlaku atas permintaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Itu pendedahan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa kelab terbabit sebenarnya tidak berminat untuk mendapatkan penyerang kelahiran Kelantan itu.

Sebaliknya, pemilik KV Kortrijk yang juga taikun terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan menawarkan kontrak selama lima tahun itu atas permintaan Dr Mahathir dan Syed Saddiq pada tahun lalu.

Demi membantu imej politik mereka, kata TMJ

Katanya, Vincent terpaksa mengambil Luqman disebabkan untuk membantu imej politik kedua-dua bekas pemimpin negara itu.

” Bos anda, Tan Sri Vincent Tan beritahu saya dia tak beli Luqman tetapi dia terpaksa ambil pasal menteri Tissue (Syed Saddiq) dan Tun ‘request’ (mohon). Demi kepentingan politik,” katanya di laman Instagram Johor Southern Tigers (JST), semalam.

Luqman, yang diiktiraf sebagai salah seorang daripada 60 pemain remaja terbaik dunia pada tahun lalu oleh media antarabangsa, The Guardian yang berpangkalan di Britain kini hanya tinggal selangkah untuk mengembangkan kariernya di Eropah.

Dia yang turut dijulang oleh media Britain sebagai pengganti Allahyarham Mohtar Dahari yang pernah menghukum Arsenal dalam satu perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 1975 bakal mengikat kontrak lima tahun dengan gaji RM15,000 sebulan serta sebuah rumah.

Malah, sekiranya prestasi penjaring terbanyak Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia B-16 pada 2018 itu meningkat, kelab berkenaan tidak berdepan masalah untuk menilai semula tangga gajinya dan sedia menambah nilai pendapatan penyerang licik itu.

Pada masa sama, Tunku Ismail mengingatkan supaya tidak menjadikan Luqman sebagai mangsa demi kepentingan sesetengah individu sambil berharap dia mampu menyinar di Eropah.

” Pemain kalau bagus tak payah lelong…orang akan cari dan beli sendiri. Apa-apa semoga pemain berjaya, jangan jadi ‘victim’ (mangsa) kepada ‘conman’ (penipu),” katanya.

Sementara itu dalam posting berasingan, TMJ turut meminta pengkritik beliau agar mengambil positif terhadap apa yang diperkatakannya.

” Haha dengki for untuk apa? Apa saya dapat? Janganlah terikut sangat dengan perasaan cemburu atau dengki anda jadi buta dan tak boleh terima fakta dan cerita sebenar.

” Pakai otak yang ada dan fokus pada dua ayat saya terakhir itu. Dua benda mustahak dan positif saya cakap yang semua tak peduli.

” First semoga berjaya dan jangan jadi mngsa kepada penipu” tulis TMJ.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments