Briggs tunjuk badan sasa, sedia hadapi Tyson

LONDON: Shannon Briggs mungkin sudah berusia 48 tahun tetapi bekas juara tinju heavyweight dunia masih kelihatan seperti pejuang sebenar.

Briggs menunjukkan susuk tubuh sasa ketika kem latihan selepas bersetuju menyertai saingan tinju tangan kosong.

Dan dia menandatangani perjanjian dengan BKFC pada April walaupun pertarungan profesional terakhirnya ialah pada 2016.

Petinju itu berada dalam keadaan terbaik ketika dia mencari lawan sulung dalam kelas heavyweight.

Walaupun masih baharu dalam 'bare knuckle', Briggs mendakwa dia sudah bersetuju menentang petinju legenda, Mike Tyson.

Iron Mike kembali daripada persaraan pada usia 53 tahun.

Dan dia juga tampak berada dalam keadaan terbaik selepas dikaitkan dengan banyak nama seperti Evander Holyfield dan Floyd Mayweather.

Dengan gabungan usia 101 tahun, pertembungan antara Tyson dan Briggs pastinya akan mencuri tumpuan.

Briggs berkata: "Saya baharu bercakap dengan Mike Tyson, ia akan berlaku, saya dan Mike.

"Kami akan menjadikannya realiti, ia rasmi, anda akan melihatnya terjadi, Brownsville melawan Brownsville.

"Saya dan Tyson akan mengikat sarung tangan, kami akan bertarung, bertarung di gelanggang.

"Biarlah tumbukan kami menceritakannya.

"Ini untuk kebajikan, ia adalah pertunjukan, saya mahu orang faham." - Agensi



Sumber : Briggs tunjuk badan sasa, sedia hadapi Tyson

Post a Comment

0 Comments