
ADDIS ABABA: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Afrika CDC) semalam, mengatakan bahawa 43 negara di benua itu masih menutup sempadan negeri sepenuhnya kerana bimbang penularan pandemik COVID-19.
CDC Afrika, agensi kesihatan khusus Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), turut menjelaskan bahawa perintah berkurung di sebelah malam turut dilaksanakan di 35 negara dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Setakat ini, sebanyak 225,105 kes positif COVID-19 yang disahkan di seluruh benua Afrika manakala jumlah kematian akibat wabak itu juga meningkat kepada 6,040 orang, menurut angka terbaru dari CDC Afrika.
Agensi kawalan dan pencegahan penyakit benua itu juga juga mengatakan bahawa kira-kira 102,846 orang yang dijangkiti COVID-19 sudah pulih di seluruh benua setakat ini.
CDC Afrika juga menunjukkan bahawa sekitar tujuh negara Afrika juga turut menutup lalu lintas udara antarabangsa, sementara dua negara lain telah mengenakan sekatan perjalanan ke negara tertentu manakala dua negara lagi mengaktifkan sekatan masuk dan keluar.
Menurut CDC Afrika, beberapa negara Afrika masih membenarkan pengangkutan kargo, pengangkutan dan kecemasan masuk dan keluar dari negara masing-masing, lapor agensi berita Xinhua.
Ia juga menyatakan bahawa 54 negara Afrika menjalankan perhimpunan awam yang terhad, sekitar 38 negara melakukan penutupan institusi pendidikan di seluruh negara, sementara kunjungan penjara dan hospital turut dihadkan di 20 negara di benua itu.
Di tengah usaha yang semakin meningkat untuk membendung penyebaran COVID-19 di seluruh negara di Afrika, 18 negara sudah memulakan pemeriksaan dan pengujian secara besar-besaran, sementara 41 negara mempraktikkan penggunaan wajib pelitup muka di kawasan terbuka dan tumpuan orang ramai. - AGENSI
Sumber : COVID-19: 43 negara Afrika masih tutup sempadan
0 Comments