
KUALA LUMPUR: Penduduk dan orang ramai di Taman Langat Murni, Kuala Langat yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh keluar keluar masuk kawasan berkenaan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD di situ berbeza dengan PKPD di tempat lain seperti Selangor Mansion dan Pasar Borong Selayang.
Ini berikutan PKPD di Taman Langat Murni secara pentadbiran tetapi dilaksanakan dengan prosedur yang ketat.
"Jika PKPD di kawasan lain kita tidak benarkan orang ramai untuk keluar masuk tetapi di kawasan ini, kita benarkan. Namun, mereka iaitu 100 peratus perlu menjalani saringan kesihatan, termasuk 'swab test'.
"Sama juga dengan PKPD di kawasan lain, ia juga turut dipagar dengan kawat berduri," katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Beliau turut menafikan agensi kerajaan berdiam apabila PKPD di Kuala Langat itu dimulakan sejak malam tadi.
"Seperti saya katakan, PKPD ada dua dan salah satunya, dijalankan secara pentadibiran," katanya.
Taman Langat Murni antara tempat terbaharu PKPD apabila kawasan sekitar dipasang kawat berduri dan tindakan itu dilakukan selepas 20 warga asing yang bekerja dengan syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tinggal di taman itu disahkan positif COVID-19 pada Khamis lalu.
Sumber : COVID-19: Penduduk Taman Langat Murni boleh keluar-masuk
0 Comments