Insiden berdarah di 'zon autonomi bebas polis' Seattle

LOS ANGELES: Seorang lelaki maut ditembak, manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian di 'zon autonomi bebas polis', direka penunjuk perasaan di bandar Seattle pada Sabtu.

Zon itu dikawal selia penunjuk perasaan susulan kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd ditangan seorang polis kulit putih.

Selama hampir dua minggu penunjuk perasaan dan aktivis menduduki kawasan kejiranan Capitol Hill itu apabila mewujudkan kawasan itu sebagai zon 'tanpa polis' dengan suasana seperti festival.

"Berapa anggota polis berusaha untuk mencari mangsa yang ditembak tetapi dihalang orang ramai," kata Jabatan Polis Seattle dalam satu kenyataan.

Polis yang tiba di tempat kejadian sekitar jam 2.30 pagi kemudian diberitahu dua mangsa sudah dihantar ke hospital oleh 'pegawai perubatan' zon berkenaan.

Mangsa berumur 19 tahun disahkan meninggal dunia.Menurut polis, mangsa lain yang juga seorang lelaki masih berada di hospital kerana mengalami kecederaan serius yang boleh mengancam nyawa.

Polis berkata, seorang atau beberapa penembak disyaki berada di kawasan sesak dengan orang ramai bagi mengelak dikesan.

Akhar tempatan, The Seattle Times melaporkan bahawa tembakan itu tiada kaitan dengan penunjuk perasaan.

Rakaman kamera badan menunjukkan polis sedang berhadapan dengan penunjuk perasaan yang menghalang mereka memasuki zon berkenaan.

Datuk Bandar Seattle, Jenny Durkan pada Khamis lalu mempertahankan zon itu setelah Presiden Donald Trump mengancam untuk campur tangan. - AFP



Sumber : Insiden berdarah di 'zon autonomi bebas polis' Seattle

Post a Comment

0 Comments