
BEIJING: Sekatan pergerakan dikenakan di beberapa kawasan di Beijing dalam usaha mencegah penyebaran kluster baharu COVID-19, antara cabaran yang perlu dihadapi biarpun kawasan itu berada di bawah kawalan.
Khamis lalu, Beijing mengumumkan jangkitan pertamanya dalam tempoh dua bulan dan sebanyak 50 kes baharu dikaitkan dengan pasar sayur dan daging terbesar Xinfadi, dekat sini.
Pihak berkuasa sudah mengarahkan penduduk di 11 kawasan perumahan berhampiran pasar itu duduk di rumah dan mengadakan perintah berkurung.
Selain itu, pihak berkuasa juga turut mengadakan ujian saringan besar-besaran bagi mengesan individu yang dijangkiti COVID-19 selain menggerakkan beratus anggota polis untuk berkawal.
"Semua orang tertekan. Ada kes yang terjadi dan ia benar," kata seorang pemandu teksi kepada AFP.
Sehingga kini pandemik itu sudah membunuh lebih 427,000 orang dan 7.7 juta jangkitan sekali gus memberi kesan teruk kepada ekonomi.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan minggu ini pandemik itu semakin banyak di Afrika dan ibu kota Botswana, Gaborone terpaksa diarahkan sekatan berikutan kes baru dikesan.
Sehingga kini tiada rawatan untuk COVID-19, tetapi kumpulan farmasi AstraZeneca bersetuju untuk menyalurkan kepada pakatan negara Eropah dengan 400 juta dos vaksin dan kerajaan Jerman menyatakan, vaksin iu mungkin akan terhasil pada penghujung tahun ini. - AFP
Sumber : Kluster baharu COVID-19 memberi ketakutan kepada China
0 Comments