Selepas Tiga Bulan Asyik Keluar TV, Dr Noor Hisham Kembali Semula ke Bilik Bedah

Selepas beberapa bulan bekerja keras memerangi pandemik COVlD-19, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kembali semula ke dalam bilik bed4h.

Dr Noor Hisham, yang juga pakar bed4h, berkata beliau sempat ‘mencuri’ masa untuk melakukan pembed4han tiroidektomi untuk seorang pesak1t yang mengh1dap right dominant multinodular goitre pagi ini.

” Amat ‘menyegarkan’ berada semula dalam bilik bed4h untuk menenangkan diri saya dan bertemu dengan semua staf OT (bilik bed4h) saya.

” Saya turut diberikan taklimat mengenai aliran kerja dan SOP (prosedur operasi standard) bagi pesakit positif COVlD-19 yang perlu menjalani pembed4han.

” Setiap hari memberi pembelajaran dan cabaran baharu untuk kami membuat persediaan untuk menghadapi situasi paling teruk, dan saya kagum dengan keikhlasan, kekuatan dan kreativiti dipamerkan petugas barisan hadapan kita.

” Tatkala berdepan dengan situasi pandemik, ia memberi banyak pengajaran bernilai tentang perpaduan dan solidariti.

” Adalah penting untuk kita mengambil semua langkah berjaga-jaga dan memastikan kebersihan diri,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, disebabkan pandemik itu, beliau dan petugas barisan hadapan dapat menjalin jaringan hubungan dengan lebih baik antara satu sama lain dan terus berusaha untuk menerokai idea serta inovasi baharu.

” Kita kini dalam fasa pemulihan. Bagaimanapun, cabaran sebenar bermula sekarang iaitu untuk rakyat mematuhi SOP.

” Rakyat mampu melakukan perkara yang mustahil kerana kini sudah ada harapan dan masa depan cerah untuk memutuskan penularan COVlD-19,” katanya.

Dr Noor Hisham muncul di televisyen pada 5 petang setiap hari, untuk memberikan perkembangan terkini dan berita berkaitan COVlD-19 yang ditunggu-tunggu orang ramai.

Beliau lulusan Ijazah Sarjana Pembed4han dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Komen warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji dedikasi ditunjukkan Dr Noor Hisham dalam menjalankan tugasnya.

” Beliau dengan tenang dan teliti dapat memikul dua tanggungjawab dengan amanah dan jaya.” komen Izhar

” Kagum dengan Dr Hisham bukan senang nak pikul tanggungjawab berat dalam masa sama masih fokus dengan kerja sebagai doktor,” komen Sam

” Terbaik lah doktor. Ingat lagi tak tu camne nak bed4h hehehe, jangan tersalah plak maklum lah dah lama tinggal keje kan,” komen Syafiq




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments