LONDON: Mike Tyson mendakwa dia mengambil kokain dan ganja beberapa saat sebelum pertarungannya menentang Lou Savarese.
Tyson yang baru-baru ini menunjukkan rakaman latihan dengan perancangannya untuk membuat kemunculan semula pada usia 53 tahun berkata bahawa dia terbabit dengan dadah sebelum Jun 2000.
Dia yang menggunakan zakar palsu untuk melepasi ujian dadah mengalahkan Savarese melalui 'technical knockout' (TKO) selepas hanya 38 saat pada pusingan pertama.
Kemenangan ke atas Savarese adalah yang kedua terpantas sepanjang karier Tyson dan hadir dalam kemunculan kali ketiga selepas berehat sembilan bulan.
Bercakap kepada BBC Sport baru-baru ini, Savarese berkata dia berasa "tidak adil" kerana lawannya pada malam itu menggunakan dadah sebelum pertarungan mereka.
Petinju itu berkata: "Tidak adil jika anda mengambil dadah sebelum pertarungan, anda ingin memiliki persaingan yang setara."
Savarese yang bersara selepas pertarungan terakhirnya melawan Evander Holyfield pada Jun 2007 menegaskan bahawa pengadil seharusnya membiarkan pertarungan itu berlanjutan.
"Saya tidak menyangka pertarungan itu berakhir. Saya sangka dia hilang kelayakan atau sebagainya.
"Saya fikir pengadil menghentikan pertarungan kerana Tyson memukulnya ketika dia berada di tengah-tengah kami. Saya tidak tahu mereka menghentikan pertarungan kerana saya tercedera." - AGENSI
Sumber : Tyson dakwa ambil ganja sebelum tumbangkan Savarese
0 Comments