4 Julai disambut suram di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meraikan Hari Kemerdekaan dalam suasana suram, susulan peningkatan kes COVID-19, bantahan antiperkauman dan ucapan bernada marah daripada Presiden Donald Trump.

Pandemik itu memaksa penutupan pelbagai pantai peranginan popular, yang lazimnya dipenuhi pengunjung pada 4 Julai, di kedua-dua bahagian California dan Los Angeles.

Kedua-dua lokasi itu berdepan peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan, sehingga memaksa gabenor Los Angeles, Eric Garcetti mengeluarkan amaran.

"Anda patut menganggap semua orang di sekeliling sudah dijangkiti, untuk lebih berhati-hati," katanya.

Di seluruh negara, perarakan dibatalkan, majlis barbeku dikurangkan dan perjumpaan keluarga turut ditangguhkan kerana kebimbangan mengenai penularan wabak.

Beberapa acara dilaksanakan secara maya, berikutan ada negeri yang masih bergelut dengan usaha mengawal penularan virus.

Pantai Miami, misalnya, mengenakan perintah berkurung pada hujung minggu dan mewajibkan orang ramai menggunakan pelitup separuh muka di tempat awam.

Kematian akibat COVID-19 mencecah 130,000 di AS, iaitu satu perempat daripada jumlah kematian global, walaupun kebanyakan negara Eropah sudah kembali meneruskan hidup seperti biasa. - AFP



Sumber : 4 Julai disambut suram di AS

Post a Comment

0 Comments