
BERLIN: Manuel Neuer berkata Bayern Munich masih dahagakan kejayaan musim ini selepas melengkapkan kejuaraan berganda Bundesliga dan Piala Jerman buat kali ke-13.
Bayern, yang sudah merangkul gelaran Bundesliga kelapan berturut-turut, mengatasi Bayer Leverkusen 4-2 pada final Piala Jerman dan memenangi 11 perlawanan berturut-turut sejak saingan bersambung pada pertengahan Mei.
Gergasi Jerman itu antara pasukan pilihan menjuarai Liga Juara-Juara musim ini yang akan berakhir di Lisbon bulan depan, dan berpeluang mengulangi treble mereka pada tahun 2013.
"Kami akan berehat seketika dan kemudian kami akan memastikan untuk berada pada tahap terbaik bagi memenangi treble," kata kapten Bayern Neuer.
Robert Lewandowski mengumpul 51 gol musim ini selepas meledak dua kali pada final berkenaan, dengan David Alaba dan Serge Gnabry turut menemui sasaran. - AFP
Sumber : Bayern lengkap kejuaraan berganda
0 Comments