Baru Saja Dipecat Jawatan Ketua Wanita PKR, Siapa Sangka Haniza Menang RM1 Juta Cabutan BSN

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itu perumpaan bagi menggambarkan rezeki manusia, hanya Allah sahaja yang tahu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha tidak menyangka akan memenangi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020.

Kemenangan itu membolehkan beliau yang merupakan bekas Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.

Menurutnya, beliau mengetahui memenangi cabutan itu selepas dihubungi pegawai BSN.

” Saya memang tidak sangka nama dan nombor siri SSP saya terpilih dan syukur, Alhamdulillah itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka.

” Pertama kali saya membeli SSP ini pada awal tahun 2019 bernilai RM3,000.

” Sebelum ini saya ada juga tunggu cabutan pada penghujung tahun tapi belum ada rezeki lagi dan tidak sangka pula cabutan bulan lalu menyebelahi saya,” katanya.

Haniza (lima dari kanan) semasa melancarkan NOW peringkat Negeri Sembilan di Sendayan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Nation Of Women (NOW) peringkat Negeri Sembilan di Sendayan dekat sini hari ini.

Haniza berkata, beliau juga menggalakkan orang ramai membuat pembelian SSP untuk simpanan yang lebih menguntungkan demi masa depan.

Terdahulu, cabutan bagi bulan Jun 2020 telah dikendalikan secara langsung dalam Facebook BSN pada 4 Julai.

Dalam keputusan cabutan istimewa BSN SSP itu, Haniza diumumkan sebagai pemenang RM1 juta.

BSN menerusi SSP menyediakan hadiah kira-kira RM2 juta sebulan kepada pelanggannya sebagai galakan menabung Sijil Simpanan Premium.

Pada 28 Jun lalu selain dipecat dari jawatan disandangnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga melucutkan keahlian Haniza.

Haniza yang sebelum ini merupakan Ketua Wanita PKR berkata parti itu kini dilihat membalas d3ndam dengan memecat dan “memburu” ahli parti yang rapat dengan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali.

” PKR semakin tersasar daripada perjuangan yang menegakkan keadilan,” kata Ahli Adun Lembah Jaya, Selangor itu

Haniza juga berkata beliau belum bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik selepas pemecatan tersebut dan mahu berehat buat seketika.

” Saya ingin melihat dulu keadaan politik negara ketika ini kerana tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa (menyertai mana-mana parti politik).

” Walaupun ada beberapa pemimpin parti mempelawa saya menyertai mereka, saya kena meneliti terlebih dulu sebelum membuat keputusan mengenainya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments