Ketua Penaja BERSATU tewas pemilihan ulangan

KUALA TERENGGANU: Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Zulkifli Mohamad gagal menerajui parti itu apabila tewas pada pertandingan tiga penjuru dalam pemilihan ulangan semalam.

Zulkifli yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tewas kepada bekas Ketua Penerangan Badan Pimpinan BERSATU negeri, Badrolhisham Mohamed @ Shafie.

Zulkifli hanya meraih 239 undi, manakala Badrolhisham mendapat 259 undi dan seorang lagi calon, Nordin Kamaruddin 20 undi.

Pemilihan ulangan perlu dilakukan selepas pemilihan pada Februari lalu dibatalkan kerana timbul bantahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti negeri (JPPN), Datuk Aziz @ Ibrahim Awang, berkata seramai 518 ahli tidak termasuk calon ketua bahagian daripada 13 cawangan layak mengundi.

Beliau berkata, satu cawangan tidak layak mengundi berikutan tidak cukup korum keahlian.

"Cawangan itu hanya menghantar 14 ahli untuk mengundi sedangkan perlembagaan parti menetapkan setiap cawangan perlu menyenaraikan 20 orang untuk mengundi," katanya ketika mengumumkan keputusan pemilihan BERSATU bahagian Kuala Terengganu, hari ini.

Aziz berkata, pemilihan ulangan yang diadakan semalam dikendalikan sepenuhnya petugas JPPN.



Sumber : Ketua Penaja BERSATU tewas pemilihan ulangan

Post a Comment

0 Comments