Pemain Kuching FA jalani ujian COVID-19 kedua

KUCHING: Semua pemain pasukan Kuching FA akan menjalani ujian saringan COVID-19 kedua minggu hadapan sebelum dibenarkan meneruskan sesi latihan.

Presiden Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman berkata buat masa ini aktiviti latihan skuad Liga Perdana yang berpangkalan di sini diberhentikan sementara waktu selaras dengan panduan serta arahan pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat.

"Selepas saringan kedua dilakukan barulah kami akan melapor kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan memohon semula untuk meneruskan sesi latihan," katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Jumaat lalu, seorang pemain kelab itu yang juga kakitangan Hospital Sentosa disahkan positif COVID-19 dan diklasifikasikan dari kluster Sentosa.

Kuching FA muncul naib juara dalam saingan Liga M3 pada 2018 dan kini beraksi dalam Liga Perdana 2020. - BERNAMA



Sumber : Pemain Kuching FA jalani ujian COVID-19 kedua

Post a Comment

0 Comments