Hentikan jualan daging haiwan eksotik - Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memberi amaran kepada pemilik restoran yang menjual daging haiwan eksotik di negeri ini supaya segera menghentikan perbuatan itu.

Sultan Ibrahim melalui akaun rasmi Facebook baginda bertitah, mereka yang masih ingkar dan terus menjual daging haiwan berkenaan, bakal berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Baginda bertitah, pemburu haram di negeri ini juga disyaki menjual daging haiwan eksotik kepada restoran terbabit.

"Pengedaran daging haiwan eksotik ini perlu dihentikan segera. Saya memberi amaran terakhir kepada pemilik restoran yang berbuat demikian.

"Segera hentikan penjualan daging haiwan eksotik ini. Jika tidak, anda akan berdepan tindakan tegas jika ditahan," titah baginda.



Sumber : Hentikan jualan daging haiwan eksotik - Sultan Johor

Post a Comment

0 Comments