” Sekiranya ia benar maka memang satu tindakan yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,”
Itu kata-kata Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengatakan jika benar ada orang kenamaan menghadiri jamuan tengah hari dengan nilai lebih RM 6,000, kata .
Mengakui tidak dapat memastikan kesahihan laporan tersebut, Khalid berkata, dia berpendapat langkah berkenaan jika memang berlaku adalah sangat tidak wajar.
” Saya pun tak tahu betul atau tak betul, sebab kita tak nampak laporan kewangan (mengenainya).
” Ya atau tidak ia dibayar (ditaja) pihak oleh kementerian atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan).
” Sama ada bilnya sampai RM6,000 atau RM10,000 kita pun tak tahu.” katanya dalam sesi wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di Shah Alam hari ini.
Semalam tular beberapa gambar menunjukkan sejumlah ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) serta Speaker Dewan Rakyat menikmati hidangan makan tengah hari dengan menu yang didakwa bernilai ribuan ringgit.
Ia kemudian dibangkitkan Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran, melalui sidang medianya di luar Dewan Rakyat.
Hidangan yang disediakan untuk mereka dengan nilai sekurang-kurangnya RM6,525 ialah udang galah berharga RM2,785, ikan kerai goreng (RM1,950), ayam kampung goreng (RM560), gulai patin tempoyak (RM980), ulam dan sambal (RM75) dan sayur campur (RM175).
Antara pemimpin PN yang hadir pada jamuan itu ialah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim, Shahidan Kassim (Arau), Mahdzir Khalid (Padang Terap), dan Azmin Ali (Gombak).
Tidak ketinggalan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.
Kata Khalid jika benar wang ribuan ringgit dibelanjakan untuk menjamu anggota parlimen kerajaan, wang tersebut lebih baik digunakan untuk tujuan lain seperti memperbaiki kemudahan yang disediakan kerajaan kepada orang ramai.
JPJ tak sediakan kerusi sebab tunggu bajet tapi..
Mengulas berkenaan perkara itu, Khalid menceritakan bagaimana orang ramai terpaksa berdiri selama tiga jam semasa berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya semalam.
” Apabila ditanya kenapa tak disediakan kerusi, (JPJ kata) tengah tunggu bajet, sedangkan satu hari belanja dekat Parlimen makan sampai RM6,000 atau RM10,000.
” Kita tahu mereka (PN) seronok jadi kerajaan, mereka mahu menyambutnya setiap hari… mungkin sebab mereka rasa tak lama (dapat bertahan).
” Sambil mereka berkuasa, mereka nak enjoy (berseronok) tapi ia satu tindakan yang tak bertanggungjawab,” katanya lagi.
via 1 MIN READ
0 Comments