KPD Sg Buloh Kata Asri Ftnah. Sekali Bukit Aman Sahkan Terima Mklumat Anggota Lindungi Premis Judi

Terkini, PoIis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota poIis disyaki melindungi premis juudi tidak berlesen di sekitar Sungai Buloh.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat PoIis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, ketika ini pihaknya sedang meneliti maklumat diterima termasuk premis juudi yang ada di sekitar Sungai Buloh.

Beliau berkata, perkara diteliti antaranya termasuk serbuan dan rampasan perjvdian yang dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

” Jika terbukti ada pegawai dan anggota poIis terbabit dalam penyelewengan tugas dan melindungi sindiket berkenaan, tindakan tatatertib keras akan dikenakan kepada mereka.

” Sekiranya ada pegawai dan anggota poIis menerima rasuah, ia akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Bernama hari ini melaporkan SPRM akan menyiasat dakwaan terhadap pihak berkuasa yang cuba melindungi premis haram, perjvdian tidak berlesen dan penjualan rokok seludup di sekitar Sungai Buloh.

Sebelum ini, tular satu video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut.

Asri mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes juudi serta mendedahkan lokasi perjvdian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Terdahulu, KPD Sg Buloh kata apa yang ditularkan Asri adalah f1tnah

Sementara itu Ketua PoIis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan menyatakan poIis membuka kertas siasatan serta akan memanggil pengguna laman sosial berkenaan untuk memberikan keterangan.

Shafa’aton Abu Bakar berkata, laporan dibuat seorang pegawai poIis susulan video yang ditularkan Mohd Asri.

” Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

” Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan f1tnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua PoIis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua PoIis Selangor,” katanya pada sidang media, di Sungai Buloh, hari ini.

Menurutnya, sebelum video berkenaan ditularkan, poIis sudah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.

” Apa yang ditularkan itu adalah f1tnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

” Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,” katanya.

Mohd Asri pula dalam kenyataan semalam berkata beliau ada adalah penduduk asal di situ dan masyarakat sekitar juga tahu mengenai kewujudan premis juudi itu.

Kata Asri lagi, itu adalah hak poIis untuk menafikannya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments