COLOGNE, Jerman: Bruno Fernandes meledak penalti pada masa tambahan ketika Manchester United mengatasi FC Copenhagen 1-0 sebentar tadi pada suku akhir Piala Europa, membentuk lapan pasukan ke kelompok kalah mati di Jerman berikutan pandemik COVID-19.
Pemain antarabangsa Portugal itu meledak jaringan terbaiknya dengan tujuh gol dalam kejohanan musim ini.
United akan berdepan Sevilla atau Wolves di separuh akhir, menyertai Inter Milan dalam kedudukan empat terakhir selepas kelab Itali itu menang 2-1 mengatasi Bayer Leverkusen di Dusseldorf.
"Tiga kali musim ini kami berada di separuh akhir, setiap kejohanan kami berada di situ. Gembira kami berjaya mara, kami berhak menang malam ini," kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer kepada BT Sport.
"Penjaga gol mereka menakjubkan, sukar dipercayai. Beberapa kali cubaan kami terkena palang, ada beberapa keputusan VAR tidak memihak kami. Ia boleh menjadi satu daripada malam yang boleh menyebabkan anda perlu mengharungi penalti. Mereka menjadikan ia sukar buat kami."
Semua perlawanan bermula suku akhir Liga Europa musim ini akan berlangsung secara tertutup di empat venue utama, Cologne, Duisburg, Dusseldorf dan Gelsenkirchen – dalam format unik selepas terganggu selama lima bulan.
Solskjaer memanggil semula Fernandes, Paul Pogba, Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Anthony Martial.
Namun juara pada 2017 itu bergelut pada awal saingan dan penyerang berusia 18 tahun Copenhagen, Mohamed Daramy dua kali terbabit ketika pasukan kerdil Denmark itu mengancam pertahanan United. - AFP
Sumber : Penalti Fernandes legakan Man Utd
0 Comments