Panggil bomba bantu tanggalkan cincin

PORT DICKSON: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan anggota bomba selepas cincin di jari manis kanannya gagal ditanggalkan di sini, hari ini.

Arman Jalil, 43, dari Kampung Solok, Pengkalan Balak, Melaka difahamkan bergegas ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang, di Port Dickson meminta bantuan selepas cincin tersekat di jari manis kanan.

Ketua Balai Bomba Teluk Kemang, Mohd Kamal Timar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.14 petang dari klinik terbabit dan bergegas ke lokasi.

"Operasi diketuai PBK II Ahmad Faiz Mohamed, bersama enam anggotanya ke klinik itu dan membantu mengeluarkan cincin di jari manis kanan mangsa dengan menggunakan pemotong khas," katanya ketika dihubungi hari ini.



Sumber : Panggil bomba bantu tanggalkan cincin

Post a Comment

0 Comments