Susulan Saksi Perbicaraan ‘Petik’ Nama Dia Minta Habuan RM60 Juta, Ini Jawapan Balas Mahdzir Khalid

Susulan keterangan saksi bahawa dia mahu mendapatkan “habuan” RM60 juta daripada Jepak Holdings (Jepak), Mahdzir Khalid akhirnya bersuara.

Beliau yang juga bekas menteri pendidikan menafikan keterangan saksi itu berkait dengan projek solar hibrid untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Mahdzir menyifatkan keterangan bekas rakan perniagaan Jepak, Rayyan Radzwill Abdullah dalam perbicaraan kes rasvah terhadap Rosmah Mansor semalam sebagai “mengejutkan” dan satu percubaan untuk menjatuhkan reputasinya.

” Saya terkejut dengan kenyataan saudara Rayyan (Radzwill) tersebut. Saya telah menafikan tuduhan-tuduhan itu semasa saya dipanggil sebagai saksi dan memberi keterangan di mhkamah dalam kes yang sama sebelum ini.

” Jujur saya kongsikan yang saya terkilan dengan penulisan-penulisan yang saya baca. Rata-rata kelihatan seperti cubaan menjejaskan dan memburukkan imej dan reputasi saya di mata rakyat.

” Penulisan-penulisan ini telah memberi kesan tidak elok kepada pekerjaan-pekerjaan yang diamanahkan kepada saya,” katanya yang kini pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, Rayyan ketika pemeriksaan balas dengan peguam Rosmah mendkwa Mahdzir ketika menjadi menteri pendidikan mahu mendapatkan “habuan” RM60 juta daripada syarikat itu atas kelulusan projek solar hibrid tersebut.

Keterangan Rayyan itu, yang merupakan saksi pendkwaan ke-16, bertentangan dengan penafian Mahdzir ketika memberi keterangan sebagai saksi pendkwaan dalam perbicaraan kes itu Februari lalu.

Pada 11 Februari lalu, Mahdzir ketika pemeriksaan balas menafikan memberi lampu hijau kepada projek itu sebagai pertukaran kepada pembayaran RM1 juta setiap bulan selama lima tahun.

Ketika pemeriksaan balas semalam, Rayyan mendkwa Mahdzir pada mulanya mahu mendapatkan “habuan” daripada Jepak sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan projek.

Menurutnya, Mahdzir berbuat demikan melalui individu bernama Md Fuad Yassin yang didkwa menjadi proksinya.

Pada 5 November 2108, Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) dilaporkan mencari Fuad untuk membantu siasatan bagi kes melibatkan pembekalan diesel dan pemasangan panel solar di 369 sekolah di Sarawak.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Parlimen Padang Terap berkata dia sedang berhubung dengan peguamnya untuk mendapatkan nasihat berhubung tindakan perundangan sewajarnya untuk menjaga nama baik dan kepentingannya.

” Saya tidak boleh putuskan sebarang tindakan undang-undang lagi kerana saya tidak tahu apa dikatakan oleh saudara Rayyan di mhkamah.

” Saya telah minta peguam saya untuk memohon mendapatkan nota keterangan daripada mhkamah sebelum saya komen dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini.

” Walaupun begitu, saya sarankan kepada orang ramai dan pengamal media untuk tidak membuat andaian dan tanggapan berdasarkan hanya daripada sumber yang terhad.

” Saya yakin fungsi mhkamah adalah untuk menentukan suatu fakta itu sah dan betul, berkenaan apa jua keterangan yang di berikan oleh mana-mana saksi di dalam perbicaraan.

” Semua pihak, termasuk saya sendiri hendaklah menghormati fungsi tersebut dan tidak mendahului mhkamah dalam hal ini,” katanya lagi.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments