Bengkel punca pencemaran diarah roboh

KUALA LUMPUR: Bengkel menyelenggara jentera berat yang dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Gong akan diarah untuk mengosong dan memulihkan semula tanah itu dengan segera.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata arahan berkenaan terkandung dalam Notis Perlanggaran Syarat (7A) Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, yang bakal diserahkan kepada pemilik premis terbabit, Isnin ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. - Foto fail NSTP/Saddam Yusoff
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. - Foto fail NSTP/Saddam Yusoff

Antara lain notis itu mewajibkan pemilik meroboh bangunan atau berdepan tindakan pihak berkuasa tempatan.

Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata sebuah premis dipercayai menjadi punca pencemaran selepas disyaki membuang bahan pelarut ke Sungai Gong yang mengalir ke Sungai Sembah iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.



Sumber : Bengkel punca pencemaran diarah roboh

Post a Comment

0 Comments