Sejak penularan wabak COVID-19 melanda di seluruh dunia, rata-rata penerbangan disekat malah kebanyakan negara menutup pintu sempadan buat pelancong luar kerana bimbang dengan peningkatan kes di negera masing-masing.
Menerusi perkongsian di Instagram, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih kerana rindu untuk bercuti di luar negara. Menurutnya, setiap hujung tahun dia sekeluarga pasti akan ke luar negara untuk membeli belah.
“Saya sedih, hati dah meronta merindui untuk bercuti di luar negara. Biasanya hujung tahun tengah tahun pasti saya akan bercuti di luar negara untuk membeli-belah,” katanya.
Seolah merasa janggal apabila aktiviti kebiasaannya setiap tahun itu tidak dalam dilakukan, Aliff turut tertanya-tanya bilakah dunia akan pulih kembali seperti sedia kala serta memohon agar virus COVID-19 akan segera hilang.
“Tapi tahun ini terasa janggal dan pelik tak tahu berapa lama covit ni?? Dan brp lamakah Sitiwasi ini akan berlaku oh Tuhan cepatlah berlalu yang amat memeningkan.
“Dan berapa lamakah situasi ini akan berlaku oh Tuhan cepatlah berlalu yang amat memeningkan.. bukan sahaja ekonomi teruk tetapi semua terjejas emosi mental semualah,” katanya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa bukan dia sahaja yang terkesan tetapi semua rakyat.
Malah, ada yang mengecam usahawan itu yang sedih kerana tidak dapat membeli belah sedangkan ada yang terjejas sehingga tak cukup makan.
The post Aliff Syukri akui emosi terganggu tak dapat shopping di luar negara first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments