Budak Sekolah Vokasional Nikah 2 Isteri Dalam Sebulan. Ini Kata-Kata Isteri Pertama, ‘Kalau Tahu Begini..’

Ahmad Rizal, 18, merupakan seorang pelajar di salah sebuah Sekolah Menengah Vokasional (SMK) di Lombok Barat dilihat menyambut kedatangan para gurunya di rumah.

Rizal yang mengenakan seluar pendek itu sedang membelah kelapa muda di halaman rumahnya. Kelapa muda itu akan disajikan kepada gurunya yang berkunjung.

Sementara kedua-dua isterinya, F dan M, pula sedang menyiapkan makanan bersama ibu mertua di dapur.

Pernikahan Rizal dan kedua isterinya tular di media sosial. Rizal yang masih bersekolah di SMK itu mengahwini F dan M yang juga berstatus pelajar.

Malah apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah kedua-dua pernikahan itu hanya berlangsung dalam sempoh kurang sebulan.

Awalnya, Rizal mengahwini F yang baru lulus sekolah menengah pertama (SMP) dan belum pun lagi mendaftar ke SMA.

Sementara isteri kedua Rizal, M ketika ini masih bersekolah di Madrasah Aliyah (MA) yang setara dengan SMA.

Ketika ditemubual, ayah Rizal, Ayuni, 37, mengatakan bahawa pernikahan anaknya berlangsung mengikut adat tanpa memaklumkan kepada pejabat agama.

Ayuni menjelaskan, anak sulungnya itu mengahwini F pada Khamis (17/9/2020).

” Rizal berkahwin dengan isteri pertamanya, F dengan mas kahwin sebanyak RM704,” kata Ayuni.

Namun, Ayuni berkata dia terkejut apabila keluarga M menghantar anaknya untuk dinikahkan dengan Rizal. Padahal, pernikahan Rizal dengan F baru berusia seminggu.

” Bangun dari tidur saya terkejut apabila keluarga Mariani minta untuk dinikahkan, ketika itu ibu Rizal terus pengsan.

” Ya kerana mereka meminta untuk dinikahkan jadi kita terima sebagai tanggungjawab,” jelas Ayuni.

Kemudian pernikahan Rizal dan Mariani dilangsungkan pada 12 Oktober lalu dengan mas kahwin sebanyak RM281.

Dianggarkan kos perbelanjaan kedua-dua majlis perkahwinan itu sebanyak RM14,000.

Luahan isteri pertama

Sementara itu, isteri pertama Rizal telah mengakui dia berasa kecewa dengan keputusan suaminya.

F berkata, dia tidak menjangka suaminya akan menikah lagi. Awalnya, F menyangkakan M cuma tetamu yang hendak menziarahinya.

” Ketika itu saya ingatkan (M) adalah tetamu yang sekadar mahu berkunjung, tapi ternyata..

” Saya tak tahu nak cakap apa, sedih sangat, kalau tahu begini tak mungkin (nikah),” kata F dengan nada perlahan.

Meskipun begitu, F mahu berusaha untuk setia dengan suaminya dan tidak akan menuntut crai.

Berharap dapat meneruskan persekolahan

Sementara itu, ibu Rizal, Nurminah berharap pihak sekolah akan membenarkan Rizal meneruskan persekolahannya.

” Harapan saya cuma satu, saya mohon izinkan anak saya meneruskan pengajiannya supaya dia dapat ijazah.

” Apa yang penting dia perlu terus bersekolah, sampai dia dapat ijazah, agar mudah dapat kerja untuk menyara kedua isterinya,” kata Nurminah.

Buat sementara waktu, Nurminah menjelaskan dia dan suami terpaksa menanggung hidup anak dan kedua menantunya.

Dalam pada itu, pihak sekolah Rizal pula menjelaskan selama ini tak ada peraturan yang melarang penuntutnya berkahwin ketika masih bersekolah.

Pihaknya tetap memberi kebenaran kepada Rizal menamatkan pengajiannya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments