Hantaran di Instagram oleh pelakon dan pengarah terkenal Datuk Hans Isaac hari ini telah menyentuh hati orang ramai.
Siapa sangka pertolongan kecil yang dilakukan Hans memberi kesan mendalam kepada kehidupan seseorang.
Berkongsi satu paparan skrin yang dimuat naik di Instagram Hans, individu dikenali sebagai Ly Dain itu mendedahkan aktor tersebut pernah memberikannya upah iaitu tip selepas selesai bermain golf.
Malah individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada Hans yang menjadi penyelamat ketika dirinya dalam kesusahan dan sempat pulang ke rumah bertemu ibunya.
Hans berkongsi komen tersebut untuk memberi pengingatan.
” Datuk… Dulu datuk ade bagi tip kat saya lepas datuk habis main golf. Duit tip itu saya buat modal isi minyak motor. Dapat la balik rumah tengok arwh mak saya.
” Waktu itu tengah bulan… tengah kering poket. Terima Kasih banyak-banyak ya.
” Semoga tuhan memberkati kehidupan Datuk… aamiin,” komen individu tersebut.
Pelakon filem Baik Punya Cilok itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.
Perkongsian tersebut mendapat pujian daripada netizen yang menganggap apa yang dilakukan Hans itu merupakan tindakan yang mulia.
Dalam pada itu, Hans memberitahu tujuan dia berkongsi perkara tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk namun hanya ingin menjadikan pengingatan supaya tidak lupa tentang kesusahan orang lain.
Biarpun tindakan tersebut dilakukan tanpa disedari namun Hans turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar Allah sentiasa melindungi individu itu dalam waktu yang sukar.
Hans berterima kasih kepada individu tersebut atas perkongsiannya.
” Kadang-kadang sekecil-kecil tindakan dapat membuat perbezaan, perkongsian ini adalah satu contoh yang menunjukkan jangan sesekali lupa bahawa ada yang lebih susah dari orang lain dan jangan ambik kesempatan begitu sahaja.
” Saya tidak sedar apa yang saya lakukan itu tetapi terima kasih atas perkongsian ini.
” Saya doakan kasih sayang Allah melindungi anda dalam masa yang sukar dan bantu awak dengan peredaran masa selepas kehilangan mak,” katanya.
Reaksi warganet
Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata meluahkan rasa terharu dengan sifat murah hati Hans Isaac.
” Terbaik Dato Hans… walaupun dlm Citer Buli dato selalu buli org.. realitinya Dato seorang pemurah… semoga Dato jd Perdana menteri satu hari nanti
” Yes. I always remember apa dato dh berjasa pd saya. Akan ingat sampai mati. U are my saviour !!” tulis Ayu Syuhara
” Dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain juga . Tq Dato for your kind hearted” tulis Sam
Jadi benarlah kata orang, sesungguhnya sekecil-kecil jasa atau derma yang kita buat itu sebenarnya mampu membuat orang lain tersenyum dan bahagia.
via 1 MIN READ
0 Comments