PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjangkakan kes positif COVID-19 di negara ini bakal mencecah sehingga 1,300 kes setiap hari menjelang hujung Oktober depan.
Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia selepas unjuran mendapati nilai R-Naught (RO) pada 1.5 di seluruh negara ketika ini.
“Kalau kita lihat unjuran nilai R-Naught pada 2.2, kita jangkakan lebih 1,000 kes mungkin 3,000 hingga 4,000 kes setiap hari. Tetapi kita terangkan sebelum ini, nilai R-Naught kita pada 1.5, bererti pada 31 Oktober kita sudah jangkakan unjuran kita akan dapat lebih kurang 1,300 kes itu unjuran.
“Hari ini kita ada peningkatan kes, 434 kes ini datang daripada Penjara Kepayan, maknanya ada jangkitan dalam penjara. Kalau komuniti di luar, jangkitan sama dengan semalam, tapi jangkitan Penjara telah meningkatkan kes,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Tambah Dr Noor Hisham, jumlah banduan di dalam Penjara Kepayan ketika ini melebihi 2,000 orang. Susulan tindakan pantas KKM ujarnya dapat mencegah daripada penularan di luar penjara berlaku.
“Banduan ada 2,000 lebih kalau ada jangkitan dalam penjara kita mungkin peningkatan kes bukan dalam komuniti tetapi dalam penjara. Kita dah laksanakan TEMCO di beberapa penjara di utara dan Negeri Selangor,” katanya.
The post Kes Covid-19 cecah 1,300 sehari pada hujung Oktober - KKM first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments