Ketika Khabib Menangis Umum Persaraan, Tiba-Tiba Gaethje Datang Lakukan Perkara Ini Kepada Khabib

” Ini adalah pertempuran terakhir saya, dan mustahil saya berada di sini tanpa ayah.”

Itu kata-kata atlet MMA, Khabib Abdulmanapovich Nurmagomedov yang mengumumkan persaraannya sebaik menewaskan petarung Amerika Syarikat, Justin Gaethje malam tadi.

Ia dilakukan dalam keadaan dia tidak pernah dikalahkan dan kedudukannya berada di puncak selepas berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC.

Khabib, 32, mencampakkan sarung tangannya ke lantai gelanggang dan mengambil mikrofon dan bercakap dalam nada sebak.

Apa yang mencuri tumpuan, di sebalik aksi gnas dan keras sukan seni bela campuran (MMA), biasanya terselit nilai-nilai kemanusiaan yang mungkin jarang dapat disaksikan di luar gelanggang.

Gaethje datang memeluk Khabib

Ketika Khabib terduduk dan terharu di tengah gelanggang sejurus, lawannya, Justin Gaethje datang dan memberikan kata-kata semangat sambil merangkul atlet Dagestan itu.

Perkara itu berlaku beberapa detik sebelum itu Gaethje tidak sedarkan diri gara-gara gerakan kunci tiga segi dilakukan Khabib dalam perlawanan dilangsungkan di Abu Dhabi.

Namun selepas tersedar kembali dan melihat Khabib sedang berlawan dengan perasaannya di gelanggang Gaethje segera mendapatkan atlet berkenaan dan memeluknya.

Malah Gaethje turut sempat menggosok kepala Khabib bagi menenangkannya.

Seperti orang lain, Gaethje sedar perlawanan itu adalah yang pertama disertai Khabib selepas bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Julai lalu.

Abdulmanap berusia 57 tahun dan menjadi orang terpenting yang banyak membentuk Khabib menjadi petarung yang disegani lawan sejak sekian lama.

Sepanjang tempoh menjadi petarung MMA, Khabib memenangi semua 29 perlawanan yang disusun untuk dia, dengan lapan daripadanya melalui KO dan 11 lagi submission.

Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada Ahad, bintang sensasi dari Rusia itu menumpaskan lawannya menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.

Pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje.

Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon.

Ia disusuli dengan kuncian ‘triangle choke’ yang membuatkan Gaethje ‘tap out’ dan kemudian tidak sedarkan diri untuk seketika, sekali gus menghadiahkan kemenangan untuk Khabib.

Sudah janji dengan ibu

Bagaimanapun, dalam temubual selepas perlawanan, Khabib yang teringatkan arwah bapanya Albdulmanap, dengan sedih memberitahu dia ingin bersara dari sukan MMA.

” Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. tak mungkin saya ke sini tanpa ayah saya.

” Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

” Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.

McGregor ucap tahniah

Berikut pula reaksi musvh tradisi Khabib selepas Khabib mencatat kemenangan ke-29 dan umumkan persaraan

” Prestasi yang baik Khabib. Saya akan teruskan. Salam takziah terhadap bapa kamu.” tweet Mc Gregor di laman twitter rasmi beliau.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments