‘Klu Duit Halal Orang Tak Simpan Dalam Beg’. Jumpa Wang Tunai RM2.5 Juta, Kegiatan Sebenar Terbongkar

Satu demi satu kejayaan pihak poIis dalam membanteras kegiatan jnayah di Malaysia.

Terbaru, Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman merampas wang tunai berjumlah RM2.5 juta dalam serbuan ke atas sebuah kediaman di Cheras, di sini, malam tadi.

Wang tunai berkenaan yang dipercayai disimpan untuk proses pengubahan wang hram adalah hasil daripada kegiatan yang tidah sah dan menyalahi undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata terdahulu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Juudi, M4ksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu satu unit kediaman di sebuah kondominium di Bandar Hussein Onn, Kajang, sekitar jam 2 petang semalam.

” Hasil serbuan pertama itu, pihak poIis menahan lapan warga China termasuk seorang wanita berusia antara 22 hingga 28 tahun selain merampas dua komputer riba, 15 telefon bimbit dan dua kertas catatan jadual kerja harian.

Kegiatan sebenar terbongkar

” Siasatan awal mendapati kediaman berkenaan dijadikan sebagai ‘calling centre’ untuk mempromosikan aktiviti peIacvran untuk pelanggan di China,” katanya malam tadi.

Beliau berkata sindiket yang turut bekerjasama dengan rakyat tempatan itu turut dipercayai menjalankan aktiviti peniipuan dalam talian atau Mcau Scam.

” Susulan dari serbuan pertama itu, poIis kemudian menyerbu sebuah kediaman di Jalan Desa Bukit Tiara, Taman Taynton View, Cheras dan menahan lapan lagi individu.

” Dalam serbuan ini pihak poIis menemui wang tunai sebanyak RM2.5 juta yang disimpan dalam beberapa bagasi di beberapa bilik berasingan,” katanya.

Huzir berkata pihaknya percaya wang berkenaan akan digunakan untuk aktiviti pengubahan wang hram namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kalau wang halal orang simpan kat bank..

” Kalau wang tunai ini adalah dari hasil yang sah mereka pastinya menyimpannya di bank atau agensi kewangan yang sah, namun apabila mereka menyimpannya dalam rumah ini berkemungkinan wang dari aktiviti yang salah,” katanya.

Dalam serbuan kedua itu pihak poIis merampas tiga komputer riba, empat telefon bimbit serta sejumlah kecil pil dipercayai ddah.

Katanya, pihak poIis juga mengesan adanya aktiviti pelaburan jenis mata wang krypto dalam komputer riba yang dirampas.

” PoIis juga yakin sindiket ini menjadikan negara ini sebagai hub panggilan serta menjadikan dua rakyat Malaysia sebagai koordinator bagi menyediakan kelengkapan komputer, kediaman, untuk melancarkan aktiviti promosi peIacvran, peniipuan serta juudi dalam talian untuk sasaran mngsa di China,” katanya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments