Syamsul Yusof Tengah Serius, Tapi Zizan Masuk2 Je Komen Macam Ni Sampai Syamsul Tak Jadi Nak Serius

” Gua buka kedai sup maa sekarang. Now pkp susah dapat job meh. Tapi wa pantang orang sentuh lu oooo.. kaki jadi ringan”

Itu komen pelawak Zizan Razak terhadap entri ditulis oleh pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof yang buat ramai berdekah.

Syamsul telah sebelum ini memuat naik satu posting menawarkan RM10 ribu kepada sesiapa yang dapat membawa individu berkenaan berjumpa dengan beliau.

” Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia kat KL je so dekat.

” Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash. Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni. #semboyanCalling” tulis Syamsul beberapa hari lalu.

Dah settle dengan lelaki sebelum ni, kini Syamsul cari orang lain pula..

Sementara itu, Syamsul tampil dalam hantaran terbaru di Instagram beliau bertemu dengan lelaki terbabit dan perkara tersebut sudah diselesaikan.

Dalam perkongsian itu juga, Syamsul berkata dia kini sedang mencari individu lain untuk berjumpa sambil berkongsi gambar seorang lelaki.

” Budak smalam dah jumpa. Settle.Tq brader2 ayahanda2 bos2 yg tolong.

” Next.. Budak tak cukup umur atas ni ada sapa kenal? Lu sudah mamp#skan bangsa aku bhai…siap cakap s#al lagi?

” Jadi sekarang aku rasa bukan aku je nak dok minum kopi ngan lu, satu Malaya punya Tok Anjang nak berkenalan dengan lu.. jadi untuk kes ni aku serahkan pada mereka.

” Budak baru nak up (BBNU) kat luar sana..tolonglah beradab sikit. Aku pun tak beradab mana, tak baik pun nakal gak kadang-kadang.. tapi bahasa tu agak-agak la bhai..

” Ini sampai ko nak petik bangsa aku dah kenapa? Aduhai. Tahniah lIIuminati habis jiwa anak muda kita skrg. SO SAD” tulis Syamsul

Respon Zizan curi buat Syamsul tergelak

Perkongsian Syamsul telah menarik perhatian warganet termasuk rakan artis yang memberi kata-kata sokong. Tidak kurang yang memintanya bersabar.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah respon dari pelawak dan pelakon, Zizan Razak.

Zizan dilihat turut meninggalkan komen yang mencuit hati ramai. Bukan sahaja di kalangan peminat, malah Syamsul sendiri tidak tahan dengan komen Zizan.

” Shark. Nak wa hantar menu? Kaki?? Tangan??? Lebam?? Nak apa dulu??? Paru paru?? Kelenjar?? Nanti cakap saja mau goreng rebus or toast.” gurau Zizan yang mencuri perhatian ramai.

Komen Zizan itu mendapat respon peminat yang nyata terhibur. Apa tidaknya ketika Syamsul tengah serius, Zizan sempat lagu membuat lawak.

Sementara itu Syamsul dilihat turut membalas komen Zizan itu.

” Kahkahkahhh pokemonn ko dilll gua cari FIGHTER MAA!! aduhai rindu KL GANGSTER kita weh..” balas Syamsul.

Sumber:IG Syamsul Yusof




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments