Sambut anniversary ke-18, Edika Yusof terus setia jaga isteri lumpuh

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18, pelakon Edika Yusof dan isteri meraikannya secara sederhana cukup dengan sebiji kek.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Edika menitipkan ucapan romantis bahawa dia merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Dalam video dikongsikan itu, isterinya, Hidayah sentiasa menguntum menyambut hari bahagia itu bersama suami tersayang.

Kesetiaan pelakon itu masih diperkatakan apabila Edika sanggup berkorban untuk menjaga isterinya yang lumpuh.

Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah.

The post Sambut anniversary ke-18, Edika Yusof terus setia jaga isteri lumpuh first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments