Cikgu terpaksa berbasikal selepas kereta kena tarik, suami pula hilang kerja kerana strok

Kisah seorang guru.

Sangat menyedihkan apabila semuanya terpaksa dilakukan sorang diri.

Ketika mentari senja sedang berlabuh, aku dan teman-teman tengah berkemas utk menutupi peniagaan ikan kami.

Terlihat seorang wanita sedang mengayuh basikal dan menggalas bag seperti bag sekolah.

Sering kali kami lihat wanita ini kayuh basikal, kadang-kadang bawa anak kecil. Pernah ketika hujan pun dia redah dgn basikalnya. Ternampak beliau singgah beli kuih di sebelah gerai kami…

Tergerak hati nak berikan sedikit ikan kepadanya. Kawan aku pergi berjumpa dan panggil wanita itu sambil aku isikan ikan dlm plastik.

Ketika wanita itu datang ke gerai kami, sempat juga sembang dan bertanya beliau dari mana nak kemana sebab selalu nampak dia naik basikal.

Katanya “ini je kenderaan yg dia ada.. kereta dah kena tarik.. suami dah tak berkerja, sakit stroke OKU dan beliau mempunyai 6 org anak. Beliau bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah. Kadang-kadang pergi kerja tumpang orang atau naik grab”

Aku dan rakan tak sanggup nak dengar cerita wanita itu lagi terus kami bungkuskan ikan dan ketam dan berikan kepada wanita itu. Beliau rasa terharu, dan ucap terima kasih banyak-banyak.

Selepas dia berlalu pergi, aku dan rakan terus duduk di kerusi masing-masing termenung.

Aku cuba menahan air mataku dari keluar. Ku lihat rakan-rakanku juga bergenang air mata hingga kami terfikir nak maklumkan kepada Ustaz Ebit Lew atau insan yang berada agar dapat sumbangkan motosikal kepada guru yang diberikan ujian dan dugaan hidup ini. Insyallah.

Sumber: Ibnu Razak

The post Cikgu terpaksa berbasikal selepas kereta kena tarik, suami pula hilang kerja kerana strok first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments