Warga Rohingya selamba jual air kelapa di persimpangan lampu isyarat

DUA warga Rohingya dipercayai menjadikan kawasan persimpangan jalan di Puchong sebagai lokasi menjual air kelapa.

Tindakan itu bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya malah status kebersihan air kelapa itu juga diragui.

Ini selepas tularnya satu video yang menunjukkan warga Rohingya itu menyediakan air kelapa di tepi jalan raya yang kotor tanpa memakai sarung tangan dan pakaian yang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, mereka juga didapati menyalahgunakan banner milik satu perniagaan menjual asam boi di Seri Kembangan sehingga mengelirukan orang ramai.

Berikutan itu, pemilik perniagaan telah membuat laporan polis bagi menjernihkan nama baik mereka dan meredakan kegusaran orang ramai yang keliru.

Netizen juga menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara itu dengan segera kerana difahamkan warga Rohingya yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dilarang bekerja di negara ini.

The post Warga Rohingya selamba jual air kelapa di persimpangan lampu isyarat first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments