Kini Giliran Dr Soo Wincci Pula Respons Kenyataan Prof Muhaya

Isu jodoh dan ‘bod0h sedikit’ nampaknya belum berakhir apabila isu ini madih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Selepas pakar bedah yang juga merupakan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Dr Amalina Che Bakri tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad kini, pelakon, penyanyi dan bekas Miss World 2008 ini pula menyifatkan tindakan Prof Muhaya itu adalah ‘t0xic’ dalam  senyap.

Perkara tersebut dik0ngsi oleh Soo Wincci menerusi hantaran di laman Instagram miliknya pada Rabu.

“Sila lah fikir dengan mendalam, ia perangai yang sangat ‘t0xic’…”

Menurut Soo Wincci, 35, wanita yang terpaksa atau buat-buat ‘bod0h’ semata-mata hendak kahwin dianggap men!pu diri mereka sendiri.

“Minta maaf juga ya Prof, saya tak boleh terima ini… buat bod0h hanya demi nak kahwin merupakan sesuatu yang tak betul dan anda sedang men!pu orang di samping memijak diri seniri semata-mata hendak berkahwin…”

“Biarlah tak kahwin pun tapi jangan buat bod0h demi  nak kahwin. Sebab takkan kita nak bod0h seumur hidup…”

“Minta maaf ya jika ada tersasul kata, tapi sila lah fikir dengan panjang dan mendalam. Ia satu perangai yang sangat toxic dalam senyap” jelasnya.

Bagaimanapun, penerima anugerah dari The Malaysia Book of Records ini  dengan pencapaiannya sebagai “Beauty Queen with the Most Achieved Degrees” dan  “Recording Artist with the Most Achieved Degrees” memohon maaf sekiranya terlanjur kata mengenai pendapat beliau. – Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Dr Soo Wincci

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Kini Giliran Dr Soo Wincci Pula Respons Kenyataan Prof Muhaya

Post a Comment

0 Comments