Men!nggaI dunia hari sama
“Kalau mak pergi, mak kena bawa orang sekali”, “Aku tak tinggal kau, kita pergi sama-sama.”
Itulah ayat terakhir dua beranak yang disahkan positif C0VID-19, sebelum kedua-duanya men!nggaI dunia selang beberapa jam semalam.
Romlah Selamat, 52, berkata adik bongsunya berusia 43 tahun men!nggaI dunia di rumahnya di Hulu Langat, Selangor bersendirian, manakala ibunya yang berusia 84 tahun men!nggaI dunia ketika dijaga beradik lain.
Ketika hayat, Romlah berkata, dua beranak itu sangat rapat, lebih-lebih lagi adik bongsunya yang tidak berkahwin turut mengambil tanggungjawab menjaga orang tua mereka yang skit tua.
Bagaimanapun, selepas kesihatan ibunya meros0t, mereka sepakat membawanya ke rumah kakak yang terletak di taman berdekatan untuk pemerhatian rapi kerana adik bongsunya juga tidak sihat ketika itu.
“Emak sudah enam hari tiada selera makan, jadi kami adik-beradik sepakat bawa mak dan jaganya di rumah kakak.
“Adik pula menolak untuk ikut serta dan mahu berehat di rumah seorang diri kerana kurang sihat. Tetapi, berulang kali adik beritahu mak supaya bawa dia pergi sekali, jika mahu ke ‘sana’,” katanya kepada FMT.
Romlah berkata, pemergian adik bongsu daripada 12 beradik itu disedari anak buahnya yang ke rumahnya petang semalam untuk mengambil kad pengenalan ibu dan mendapati beliau tidak sedarkan diri, dengan seluruh badannya “kebiruan”.
“Pagi sebelum itu, kami ada menghubungi adik beritahu mak semakin tenat dan turut disahkan positif C0VID-19. Beliau terkej0t dan suaranya agak lemah.”
Selepas menerima khabar duka pemergian adik bongsunya, ibunya menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian.
Katanya, kedua-dua ma yat kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.
“Pihak hospital memaklumkan adik meninggal dunia pada sebelah pagi dan disahkan positif C0VID-19. Punca kema tian akibat penykit jantung yang dihidapinya.
“Manakala ibu yang skit tua, turut disahkan positif C0VID-19.”
Beliau berkata, ketika hayat, dua beranak itu pernah menyuarakan hasrat untuk dikebumikan dalam satu liang lahad, jika ditakdirkan ma ti bersama.
Bagaimanapun, katanya, hasrat itu tidak dapat ditunaikan kerana ibunya dikebumikan petang semalam, manakala adiknya masih di hospital untuk proses terakhir bedah siasat.
“Tidak dapat seliang pun, tetapi mak dan adik mungkin tetap dapat ‘bersama’ kerana akan dikebumikan di barisan yang sama di sebuah tanah perkub0ran di Hulu Langat,” katanya sambil menambah adiknya dijangka dikebumikan awal hari ini.
Romlah berkata, pemergian dua insan yang sangat rapat dengannya amat memberi kesan, lebih-lebih lagi adik bongsunya akan menghubungi beliau untuk menjaga ibu mereka kerana perlu berniaga di pasar malam pada hujung minggu.
“Kehidupan adik saya hanya berkisar mengenai ibu dan berniaga, jika tidak berniaga, dia akan luang masa untuk mak. Tak pernah dia merungut kena jaga mak yang sakit tua sepanjang hayatnya,” katanya dengan nada sayu.
Lebih meruntun hati apabila semua ahli keluarga tidak dapat mengiringi pemergian dua insan tersayang itu buat kali terakhir akibat C0VID-19, hanya kiriman doa dan alunan suci al-Quran tanpa henti menjadi “hadiah” paling bermakna.
Ketika ini, Romlah dan empat ahli keluarganya sedang dikuarantin di rumah kerana turut disahkan positif C0VID-19. – Sumber dipetik dari MYKMU, FMT
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : ‘Pergi’ Pada Hari Yang Sama, 2 Beranak Positif C0VID-19 Tak Dapat Kebumi Satu Liang Lahad
0 Comments