Dr Mahathir hadir mesyuarat di Ibu Pejabat DAP

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di Pudu, di sini untuk menghadiri mesyuarat majlis presiden gabungan parti pembangkang.

Hadir sama dalam mesyuarat itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Dr Mahathir dalam mesyuarat itu.

"Ya, memang Dr Mahathir bersama pemimpin pakatan pembangkang menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat DAP yang sedang berlangsung sekarang," katanya.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments