LOS ANGELES: Bintang irama 'country', Jason Aldean dan penyanyi, Jennifer Lopez, membatalkan konsert mereka di Las Vegas, susulan insiden tembakan pada Ahad lalu, yang mengorbankan 59 nyawa.
Aldean berkata, antara lokasi konsert 'They Don't Know Tour' yang dibatalkan ialah di Los Angeles, San Diego dan Anaheim, California.
Katanya, siri konsert itu akan diteruskan pada 12 Oktober di Tulsa, Oklahoma dan pembayaran balik akan dibuat bagi semua konsert yang dibatalkan.
"Bagi menghormati mangsa, keluarga mereka dan peminat, saya rasa keputusan ini (membatalkan konsert) adalah langkah tepat yang perlu diambil.
"Memandangkan peristiwa adalah sesuatu yang menyentuh perasaan semua pihak, kami bercadang untuk berkabung bagi mengingati mereka yang terkorban," kata Aldean dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Lopez yang kini mengadakan persembahan 'Jennifer Lopez: All I Have' di Planet Hollywood di Las Vegas, turut membatalkan jadual pertunjukannya sepanjang minggu ini.
Menurut wakilnya dalam satu kenyataan, persembahan Lopez akan dijadualkan semula ke tarikh baharu.
"Jennifer amat sedih kerana tidak menyangka tragedi yang tidak berperikemanusiaan itu boleh berlaku dan berdoa untuk mangsa serta keluarga mereka," katanya. - REUTERS
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments