KOTA BHARU: Pejabat UMNO Bahagian Kubang Kerian di Jalan Hilir Pasar, di sini, dipecah masuk menyebabkan beberapa dokumen dan wang tunai hilang.
Kejadian itu hanya disedari pada jam 8.15 pagi tadi apabila pekerja tiba di pejabat terbabit yang mendapati pintu kaca diumpil dan dokumen bertaburan.
Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani, berkata pejabatnya mungkin dimasuki pencuri pada malam tadi.
Katanya, beberapa dokumen penting dan wang tunai turut hilang akibat kejadian itu.
"Ini kali kedua pejabat saya dipecah masuk dan kali pertama pada awal tahun ini," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, pagi ini.
Muhammad berkata, pejabat terbabit mempunyai enam pekerja dan beliau akan meningkatkan aspek keselamatan memandangkan banyak dokumen disimpan di pejabat itu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments