KUALA KURAI (Kerian): Harapan pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Muhammad Zawawi Azman untuk melakar kejayaan pada peringkat kedua perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) tidak kesampaian, petang tadi.
Saingan yang bermula di Lumut dan berakhir di tempat kelahirannya, Kuala Kurau, menyaksikan pelumba berusia 23 tahun itu sekadar menamatkan saingan pada kedudukan ke-18.
Semuanya gara-gara kesilapannya gagal mengekori pemecahan yang dilakukan Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (PDRM), Adiq Husainie Othman (TSG) dan pelumba Thailand ketika saingan cuma berbaki dua kilometer.
"Memang kecewa kerana tidak dapat menang di tempat sendiri hari ini, walaupun mendapat sokongan padu terutamanya keluarga yang hadir di garisan penamat," katanya.
KUALA KURAU 04 OKTOBER 2017. Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Zawawi Azman (empat dari kiri) bergambar dengan penduduk selepas memenangi jersi merah sebagai pelumba terbaik negara dalam saingan peringkat kedua Perlumbaan Basikal Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) di pekan Kuala Kurau. Zawawi mendapat tepukan gemuruh penduduk serta gembira menyarungkan jersi merah di tempat kelahirannya Kuala Kurau. Peringkat kedua dari Lumut ke Kuala Kurau meliputi perjalanan sejauh 145.3 kilometer (km). NSTP/DANIAL SAADDANIAL SAAD
Zawawi bagaimanapun mengekalkan jersi pelumba tempatan terbaik dengan mengumpul masa tujuh jam 10 minit 04 saat.
Berbaki tiga peringkat, dia meninggalkan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakharuddin Mazuki dengan kelebihan seminit 30 saat pada kedudukan kedua.
"Saya akan cuba mempertahankan jersi ini jika berpeluang. Namun pada masa yang sama perlu membantu rakan sepasukan, Victor Nino Corredor memburu jersi kuning," tambahnya.
Peringkat ketiga JM2017 esok akan berlangsung dari Kuala Kangsar ke Kulim sejauh 141.5km.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments