PETALING JAYA: Walaupun baharu kali pertama bersama Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba nyata berjiwa besar untuk menyumbangkan sesuatu yang cukup bermakan buat pasukan.
Pemain Pulau Pinang itu mengidamkan kesebelasan utama, namun tetap akur dia perlu bekerja keras untuk merebut slot yang menjadi rebutan.
Berstatus 'adik bongsu' dalam skuad Nelo Vingada kali ini, Syamer berkata, kejayaan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) turut memainkan peranan sehingga dipanggil menyertai skuad kebangaan dan mengharapkan kehadirannya dapat memberikan impak positif.
"Pastinya saya gembira apabila dipanggil dan saya cukup berterima kasih kepada jurulatih. Kini saya tidak sabar untuk memulakan aksi.
"Mungkin sebelum ini orang tidak kenal Syamel tetapi Alhamdulillah selepas itu orang mula nampak. Nyata pentas itu banyak membantu saya hingga dipanggil sertai pasukan kebangsaan.
"Semua pemain mahu berada dalam kesebelasan utama, namun semuanya bergantung kepada jurulatih kerana dia yang kenal pemain yang diinginkan," katanya ketika ditemui, hari ini.
KEJAYAAN pemain Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba di KL2017 turut memainkan peranan sehingga dipanggil menyertai skuad kebangaan. - Foto Osman Adnan
Bagaimanapun, Syamer tidak berkecil hati jika gagal menempatkan diri dalam skuad utama kerana sedar dia perlu bersaing dengan pemain senior lain yang sudah terbukti kemampuan mereka bersama pasukan masing-masing.
"Setakat ini saya hanya kenal enam pemain (skuad Sukan SEA). Tetapi hari ini, segalanya berjalan lancar dan pemain senior banyak membantu.
"Saya mahu membalas kepercayaan jurulatih dan cuba memberikan apa yang dia mahukan. Atas kertas, memang sukar dan saya terpaksa bersaing namun sekurang-kurangnya kehadiran saya dapat beri lebih banyak pilihan di posisi tengah," katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments