SEMENJAK semalam, heboh menerusi media sosial dengan satu rakaman memaparkan seorang wanita menampar suaminya yang kantoi curang di sebuah pusat beli-belah di Melaka.
Susulan insiden itu, wanita berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar di sebalik berlakunya perkara berkaitan ekoran kecaman hebat yang diterima dirinya.
Wanita yang dikenali sebagai Nurul Anieza Norzaman itu berkata, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan perangai lelaki berkenaan yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
“Saya tampar dia sebab saya susah senang dengan dia selama tujuh tahun. Dari dia jalan kaki sampai sekarang, saya tampar dia untuk kepercayaan saya yang hilang.
“Saya tampar dia sebab dia tinggalkan anak saya dua jam lebih tanpa penjaga diplayground itu. Saya tampar dia untuk masa tenaga saya yang sia-sia tolong dia mencari rezeki.
“Dan saya tampar dia sebab dia pilih bercerita dengan bini orang tentang masalah kami. Padahal sebelum itu saya dah minta dia balik berbincang di rumah.
“Lima kali kantoi, saya diam. Ini kali keenam dengan isteri orang dan saya hilang sabar,” jelasnya yang juga merupakan seorang jurujual kereta.
Pada masa sama, wanita itu turut menyelar dakwaan segelintir netizen yang beranggapan tindakan si isteri itu mengaibkan suami dan adalah berdosa berbuat demikian.
Katanya, situasi pahit itu dia yang hadapi dan sekiranya orang luar berada di tempatnya pada ketika itu, pasti akan melakukan perkara yang sama juga.
“Pandai cakap, cubalah rasa. Orang yang kau susah senang sama-sama, dari jalan kaki sampai sekarang, orang yang kau bagi seluruh hidup kau, orang yang kau percaya jaga kau sampai akhir hayat, orang yang bagi kepercayaan sepenuhnya tiba-tiba berubah.
“Saya hilang tempat bergantung, hilang rasa hormat, hancur terus rasa nak percaya. Diberi peluang untuk selesaikan masalah berdua, tetapi dia memilih untuk berkongsi masalah dengan perempuan lain, dengan isteri orang!
“Masih aku juga yang salah, masih aku juga yang jahat,” luahnya.
Comments
comments
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Comments