Peniaga durian disaman gara-gara sebabkan kesesakan lalu lintas

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap empat peniaga durian di hadapan Gerai Limau Bali di Jalan Raja Nazrin Shah selepas didakwa menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, peniaga tersebut memberikan kerjasama yang baik kepada penguatkuasa MBI dengan membuka sendiri khemah yang dipasang serta berpindah ke lokasi lain.

Datuk Bandar, Datuk Zamri Man berkata, MBI akan mengenakan tindakan sita serta denda maksimum sebanyak RM100 di bawah Akta 133 sekiranya ianya masih berulang.

Menurutnya, MBI sangat tegas dalam isu berniaga tanpa lesen di sekitar bandaraya Ipoh.

“Sepanjang tahun lalu, MBI telah mengambil tindakan sitaan sebanyak 1,022 bernilai RM109,190.

“Tindakan kompaun adalah usaha terakhir setelah usaha-usaha measihati gagal,” katanya.

Zamri yakin Ipoh akan terus kekal sebagai bandar yang terbersih di Malaysia dan MBI sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di negara ini dengan kerjasama erat antara MBI dan warga Ipoh. – Sinar

Comments

comments



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

0 Comments