Konvensyen bukan tidak hormati autonomi

MIRI: Penganjuran Konvensyen Keadilan Sarawak di di sini hari ini, bukan tidak menghormati autonomi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaliknya, Pengarah Konvensyen PKR 2019, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak seharusnya menghormati parti sebagai sebuah organisasi.

“Memang saya setuju autonomi harus dihormati tetapi kita dalam satu organisasi. Jadi kena hormat organisasi,” katanya pada Konvensyen Keadilan Sarawak di sini, hari ini.

Konvensyen Keadilan Sarawak akan dirasmikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian bersama pemimpin-pemimpin MPN Sarawak tidak hadir sebagai bantahan terhadap penganjuran konvensyen ini, yang disifatkan tidak sah.

MPN Sarawak membuat keputusan membatalkan konvensyen sebagai tanda protes terhadap keputusan parti yang membatalkan jemputan Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk merasmikan Konvensyen AMK di Melaka.

Sementara itu, Anwar berkata, lokasi konvensyen itu tidak seharusnya dijadikan isu besar, sebaliknya fokus harus diambil untuk memastikan PKR mampu menawan Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, pada mulanya konvensyen itu akan dianjurkan di Miri, tetapi kerana kehendak PKR Sarawak, ditukar ke Sibu.

“Namun, kita tidak dapat membuat tempahan hotel untuk menganjurkannya. Justeru, kita memilih semula Miri untuk lokasi konvensyen itu,” katanya.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian gagal dihubungi untuk menjelaskan sebab beliau tidak menghadiri konvensyen itu.



Sumber : Konvensyen bukan tidak hormati autonomi

Post a Comment

0 Comments