Akhirnya Buat Pertama Kali Kes Aktif COVlD I9 Kurang Dari 1OOO. Ini Kata-Kata Dr Noor Hisham

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-I9 dalam negara buat pertama kali mencatatkan angka kurang daripada 1,000 kes sejak 21 Mac, empat hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Hari ini, tinggal 986 kes membabitkan pesakit positif dengan kebolehjangkitan COVlD-I9 susulan pertambahan 35 kes yang pulih dan dibenarkan discaj dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk rekod, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-I9 ketika PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu merekodkan 728 kes dan tertinggi direkodkan pada 5 April dengan 2,596 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan 35 kes yang pulih dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVlD-I9 dan discaj dari wad sebanyak 7,346 kes, 86.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Hanya 8 kes baru dilaporkan

Beliau berkata, sehingga 12 tengah hari ini, hanya lapan kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVlD-I9 dalam negara sebanyak 8,453 kes.

” Ingin dimaklumkan daripada lapan kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan bukan warganegara pemastautin tetap.

” Daripada enam kes penularan di dalam negara, empat kes adalah bukan warganegara, manakala dua kes dalam kalangan warga Malaysia,” katanya pada sidang media harian berkaitan COVlD-I9 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kesemua empat kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara membabitkan Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

” Perincian kes penularan COVlD-I9 dalam negara dalam kalangan warga Malaysia pula adalah membabitkan satu kes saringan klinikal kes Influenza Like Illness (ILI) di Bintulu, Sarawak dan satu kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah.

” Sehingga kini, sebanyak empat kes positif COVlD-I9 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, satu kem4tian berkaitan jangkitan COVlD-I9 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Katanya, ia menjadikan jumlah kumulatif kes kem4tian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini 121 kes, 1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

” Kes kem4tian ke-121 (kes ke-7,468) membabitkan lelaki warga India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil berusia 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kncing manis, drah tinggi, pnyakit jantung serta pnyakit buah pinggang.

” Beliau didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

” Beliau disahkan meninggI dnia pada 12 Jun (kelmarin). Saringan ujian COVlD-I9 didapati positif dan keputusan penuh bedah siasat masih dalam proses,” katanya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments