
PUTRAJAYA: Kesemua pengembara yang pulang ke Malaysia akan dipakaikan gelang tangan (wristband) sepanjang tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata gelang tangan berkenaan akan dipakaikan kepada pengembara berkenaan sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.
"Gelang tangan ini perlu dipakai sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah. Sekiranya gelang tangan berkenaan ditanggalkan sebelum tamat pemerhatian tamat, individu terbabit akan dikenakan tindakan.
"Gelang ini akan ditanggalkan oleh pegawai yang diberi kuasa selepas tempoh pengawasan dan pemerhatian.
"Pihak KKM juga ingin mengingatkan orang awam yang diletakkan di bawah arahan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian
"Arahan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah ini adalah arahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana sekiranya individu berkenaan didapati melanggar arahan, mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.
Sumber : COVID-19: Pengembara pulang ke Malaysia wajib pakai gelang tangan
0 Comments