COVID-19: Teksi, kereta e-haling dibenarkan ambil penumpang ikut kapasiti

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kereta e-hailing dan teksi dibenarkan beroperasi tanpa had masa dan mengikut kapasiti kenderaan masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mesyuarat khas menteri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) cuma membenarkan kereta e-hailing dan teksi membawa dua orang penumpang dan beroperasi sehingga 10 malam.

Katanya, pembayaran tambang hendaklah dibuat tanpa tunai dan penumpang serta pemandu perlu memakai pelitup muka sepanjang perjalanan, selain perlu melakukan proses sanitasi selepas selesai beroperasi.



Sumber : COVID-19: Teksi, kereta e-haling dibenarkan ambil penumpang ikut kapasiti

Post a Comment

0 Comments